Mengenai Laman IT

My photo
Merupakan gabungan nama daripada tenaga yg menjayakan blog ini. Fiza + Izan + Ina = FIZANINA

Wednesday, July 28, 2010

isu keselamatan dalam dunia teknologi maklumat

isu mengenai keselamatan ini telah lama berlaku di Malaysia, peningkatan teknologi maklumat menyebabkan manusia yang berkemahiran dalam dunia teknologi ini telah menyalahi penggunaan yang sebenarnya.. Pelbagai cara mereka yang menceroboh atau mengaburi mata orang ramai dalam penggunaan internet ini antaranya ada yang cuba menukar muka utama laman web,pengklonan kad, pengklonan ip(internet protokol) dan sebagainya. Tujuan perbuatan ini adalah untuk menceroboh maklumat rasmi,data sulit,dan rasmi perniagaan .

Pihak yang sepatutnya terlibat adalah pusat respon kecemasan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi kebangsaan (NISER),MDC,MIMOS dan lain-lain badan.Di malaysia pasukan yang bertanggumgjawab dalam memantau perkara ini adalah pasukan yang bertindak kecmasan komputer malaysia (MYCERT) yang telah ditubuhkan pada 1997.

Sebagai salah satu contoh yang telah mengejutkan negara yang mana seorang penceroboh atau hocker telah berjaya menceroboh laman web parlimen dan universiti teknologi malaysia .Kejadian ini telah menampakkan tahap rangkaian komputer dan internet sangat lemah keadaan akan menjatuhkan imej negara yang sedang mempromosikan koridor raya multimedia (MSC).

Thursday, July 22, 2010

Ipad Rival (pesaing Ipad)


Benarkah Ipad ada pesaing?


VIVAnews - Apple iPad terus menerima kedatangan pesaing baru. Kali ini ancaman itu datang daripada Microsoft. Raksasa perusahaan komputer milik Bill Gates itu mengumumkan rencananya untuk mengeluarkan PC tablet Windows akhir tahun ini. Hal itu diumumkan Chief Executive Officer (CEO) Microsoft, Steve Ballmer, kepada delegasi yang hadir pada konferens tahunan rakan global Microsoft hari ini, Selasa 13 Julai 2010. "Tahun ini adalah masa yang tepat untuk melancarkan software Windows 7," kata Ballmer. "Beberapa bulan lagi, Kita semua akan melihat softwareWindows 7 yang sangat berkesan. Ini adalah tempat yang sangat penting bagi kami." Microsoft belum yakin untuk melancarkan pesaing iPad. Tetapi, Ballmer menyetujui, Asus, Dell, Samsung, Toshiba, dan Sony, adalah sejumlah perusahaan elektronik konsumer besar yang akan membuat tablet PC menggunakan Windows. "Ada yang muncul dengan keyboard, ada pula yang tidak. Banyak faktor yang membezakan masing-masing produk, mulai dari ukuran sampai harga," ucap Ballmer. "Yang pasti, mereka semua akan memakai Windows 7 sebagai sistem operasinya, aplikasinya, dan Office," tambah jejaka berdarah Yahudi itu. Tidak cuma membincangkan tablet, Ballmer juga menambah mengenai smartphone. Dia mengakui, Microsoft tertinggal dari Apple dan Google yang fokus lebih dulu dalam menggarap pasaran telefon bimbit.
Sekadar diketahui, berdasarkan laporan terbaru, Apple telah menjual sekitar tiga juta unit iPad sejak dilancarkan April 2010. Beberapa waktu setelah itu, Dell menyusul dengan menghadirkan Streak, tablet PC berdasarkan Google Android. (Telegraph)


Spesifikasi Apple Ipad


Spesifikasi Apple Ipad
Spesifikasi Apple Ipad mempunyai pembahagian terdiri daripada prosesor apple A4 system-on-a-chip dengan 1 GHZ.Selain itu,terdapat spesifikasi Apple lain iaitu storoge mempunyai 16GB/32GB/64GB beserta flas drive.Spesifikasi Apple ipad juga mempunyai memory antara 256 MB dram dan dispaly 1024x768 skrin bersaiz 9.7 inci x GA (1024 x 768 piksel).Spefikasi Apple mempunyai saiz iaitu 242.8 x 189.7 x 13.4 m dengan berat 680 g versi wi-fi,730g versi wi-fi t 3G. Sehubungan itu,spesifikasi Apple mempunyai sisitem operasi iaitu ios 3.2 (build 7B367) dengan menggunakan masa selama 10 jam secara berterusan selama tempoh 30 hari .
Fungsi iPad
iPad merupakan sejenis alat skirin multi-sentuhan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu salah satunya adalah sebagai accelerometer dengan paparan skrin bersaiz 9.7 inci,dapat menyokong resolusi XGA(1024 x 768 piksel),dengan menggunakan panel lps atau intrusion prevention system.Selain itu,iPad juga mempunyai sudut penglihatan yang baik dan jelas dengan ketinngian 178 darjah dapat membantu seseorang pengguna tersebut memeperolehi kesan yang jelas tanpa perlu memandang skrin dengan jarak yang dekat.Permukaan skrin iPad pada hari ini dapt dilihat mempunyai mutu dan kualiti yang baik ini kerana permukaan skrin iPad disaluti lapisan kalis minyak 'Fingerprint Resistant Oleophobic Caoting'.berfungsi bagi menggurangakan kesan cap jari pada skrin berfungsi sebagai pelarasan kecerahan automatik agar memastikan ipad sentiasa memaparkan kualiti yang terbaik.
Kelamahan iPad
Namun demikian,terdapat juga kelemahan iPad antaranya adalah dari as[aek penggunaan bahasa yang terhad terdiri daripada bahasa inggeris,Perancis,Jerman,Belanda,Itali,Sepanyol,Cina dan Russia.Selain itu,sistem operasinya tidak dapat menyokong penggendalian multi-tugasan,pengguna tidak meggunakan dua perisian secara serentak dalam satu masa tertentu dan iPad juga mempunyai sambungan yang terhad iaitu tidak mempunyai port sambungan USB,alat pembaca kad,port HDML,webcam setiap port akan diberi nama Dock Connector.

Wednesday, July 21, 2010

Ipad

sebelum dilancarkan, komputer panel biasanya merujuk kepada tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. ipad pula telah menghapus rekaan keyboard. Steve jobs memang tahu akan kepentingan keyboard kepada pengguna . Penyinggiran keyboard sebenar dibuat di atas keyakinan pada teknologi multi-sentuhan Apple.
Terdapat dua versi ipad iaitu versi WI-FI dan versi WI-FI +3G.
click here : What is Ipad?

Enjin Carian


Apa itu Enjin Carian?

1>>Enjin Carian dicipta untuk mencari informasi atau maklumat di World Wide Web (WWW). Informasi termasuk laman web, imej, buku,tranlater, akhbar, peta, video dan pelbagai jenis fail lain. Sesetengah encin carian juga boleh menggorek data dari pangkalan data atau direktori terbuka ini tidak sama seperti direktori web yang diselenggarakan oleh manusia. Ini kerana enjin carian dikelola secara algoritma.

2>> Enjin carian [search engine] ialah sistem dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi..Tapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, mencari sesuatu maklumat dalam internet menggunakan enjin carian.

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi, apabila anda menaip kata kunci seperti “perniagaan” pada google, yahoo atau msn, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan.. Semua laman web, yang menggunakan kata kunci “perniagaan” akan dipaparkan.

Tidak semua enjin carian adalah sama.. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Anda jangan keliru, servis carian internet ini, terbahagi kepada 2 kategori
1. Directori [web directori]
2. Enjin pencarian

Web directori
Pangkalan data diselenggara oleh manusia. Pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia.

Enjin pencarian
Pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ’spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Contoh Enjin carian:
Google, Yahoo, Msn, Aol, Ask, Hotbot, AltaVista, Lycos, Kartoo & banyak lagi



5 Tips Mudah Menggunakan Enjin Carian

Tips 1: Penggunaan tanda tambah (+)

Memasukkan perkataan carian semata-mata ada kalanya tidak membantu. Kadangkala anda mahukan enjin carian mengembalikan keputusan carian yang mengandungi dokumen yang benar-benar mempunyai perkataan yang anda ingini. Maka gunakan tanda tambah (+). Tanda ini akan membolehkan hanya dokumen yang mengandungi kesemua perkataan tersebut (dalam satu dokumen) dipaparkan. Sebagai contoh anda ditugaskan mencari maklumat tentang Tun Mahathir, Megawati, ASEAN dan politik. Rajah dibawah menunjukkan penggunaan tanda (+).

Enjin Carian akan mentafsirkan kehendak anda bahawa anda perlukan dokumen atau laman web yang mempunyai perkatan “Mahathir”, “Megawati”, “ASEAN” dan “politics”. Anda akan berpuas hati melihat hasil carian yang telah memfokus kepada apa yang anda cari.
Jika tanda tersebut tidak digunakan, enjin carian akan menyenaraikan kesemua laman web yang sekurang-kurangnya ada satu perkataan pun daripada kekunci carian yang anda masukkan. Tidak hairanlah hasil carian anda memcecah beribu-ribu malah berjuta-juta.

Tips 2: Penggunaan tanda sempang (-)

Pengecualian perkataan bermakna anda mahukan dokumen yang mempunyai perkataan yang anda tidak ingini. Jadi gunakan tanda sempang ( - ). Sebagai contoh anda mahukan maklumat tentang spesis buaya di Asia tetapi tidak mahu maklumat berkaitan spesis buaya di Malaysia. Anda hanya mahukan maklumat bagi spesis tersebut di negara-negara lain selain Malaysia. Di dalam kekotak carian, taipkan perkataan berikut:

Ini bermakna anda telah berjaya mengurangkan kebarangkalian hasil carian. Semakin sedikit hasil yang dipaparkan maka semakin tinggilah peluang anda menemui laman yang anda inginkan. Teruskan meletakkan tanda sempang untuk “menolak” dokumen yang mempunyai perkataan yang anda tidak ingini.

Tips 3: Penggunaan tanda pembuka dan penutup kata (quotes “ ” )

Penggunaan tanda pembuka dan penutup kata (quotes) bermaksud anda mahukan dokumen yang benar-benar mempunya frasa yang anda inginkan dipaparkan.

Sebagai contoh frasa “internet growth in Malaysia” akan memaparkan dokumen yang mempunyai teks tersebut secara berentetan dalam satu ayat. Ini berbeza apabila anda tidak menggunakan tanda tersebut di mana kesemua dokumen yang asalkan mengandungi perkataan tersebut (tidak kira sama ada perkataan tersebut berpisah atau berhampiran dalam satu ayat) akan dipaparkan.

Penggunaaan tanda tersebut memberikan hasil sebanyak hanya 12 dokumen sahaja berbanding 990 000 dokumen tanpa menggunakan tanda pembuka dan penutup kata.

Anda mungkin tersenyum lebar melihat dokumen yang anda ingini terpapar di depan mata dengan sekali usaha sahaja.

Tips 4: Taipkan sepenuhnya apa yang anda mahu cari

Dalam proses membuat carian di Internet, anda perlu memfokus. Lebih spesifik perkataan yang anda masukkan dalam kekotak carian, maka lebih tinggilah peluang anda untuk menemui dokumen web yang anda ingini. Jangan khuatir menaip beberapa perkataan. Saya cadangkan lima hingga tujuh perkataan atau lebih – bergantung kepada jenis dokumen yang diingini.
Jika anda perlu penyelesaian kepada masalah tertentu contohnya bagaimana hendak membaiki sisten tandas yang rosak, Taipkan sahaja “how to repair an overflowing cistern”. Jangan risau apabila melihat jumlah perkataan carian yang terlalu banyak.

Sebenarnya anda boleh mencantumkan kesemua tanda yang saya jelaskan dalam tips 1 hingga 3 di atas. Contohnya "bruce lee" -film +book akan memberikan dokumen yang mengadungi perkataan bruce Lee tetapi tidak ada berkaitan dengan filem dan seni mempertahankan diri kerana anda inginkan ialah buku yang berkaitan.

Pastikan juga anda menggunakan fungsi carian yang betul. Umpamanya jika anda ingin mencari imej atau gambar, gunakan carian images. Begitu juga dengan berita dan lain-lain.

Tips 5: Gunakan carian dalaman atau enjin carian yang lain

Satu tips lagi ialah dengan menggunakan enjin dalaman yang terdapat di laman web tersebut. Biasanya pengguna diberi pilihan sama ada ingin membuat carian keseluruhan di world wide web (www) atau dokumen di tapak (website) tersebut sahaja. Laman web Utusan Sarawak (http://www.utusansarawak.com.my/) sebagai contoh membolehkan anda mendapatkan berita dari arkib beritanya. Jika anda ingin dapatkan artikel berita daripada arkib mengikut tarikh tertentu atau topik tertentu gunakan bebutang “pencarian seluruh arkib”.



Enjin Carian khas untuk kanak-kanak.

1. Yahoo! Kids
http://kids.yahoo.com















Yahoo! Kids dahulunya dikenali sebagai Yahooligans (www.yahooligans.com). Ia dilaporkan sebagai direktori carian yang pertama wujud sejak bulan Mac 1996. Direka bentuk khusus untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, kandungannya dipilih dengan teliti supaya menepati keperluan carian kanak-kanak. Kini Yahoo Kids juga mempunyai enjin carian dalam dua bahasa asing iaitu Jepun dan Korea.

Di Yahoo! Kids, senarai direktori utamanya dimasukkan dalam 10 kategori. Antaranya ialah permainan, muzik, filem, lawak, sukan dan ibu bapa. Ruangan utama enjin carian ini ialah zon belajar (study zone). Di sini disediakan maklumat berkaitan negara-negara di dunia (World Factbook). Maklumat negara yang disediakan termasuk peta, bendera, statistik, kerajaan dan matawang.

Saya sendiri meminati ruangan lawak (jokes). Semasa artikel ini ditulis, terdapat lebih 2000 lawak disediakan. Apa yang menarik minat saya ialah lawaknya termasuk dalam kategori lawak pandai (bukan lawak bodoh) kerana 85 daripadanya termasuk dalam kategori lawak berkaitan sains.


2. KidsClick!
www.kidsclick.org

















Anda tidak perlu risau membiarkan anak anda ‘bermain’ dengan enjin carian ini. Hal ini kerana pengurus laman KidsClick memastikan tiada laman sesawang yang tersenarai di sini yang bersifat ganas, melibatkan kebencian atau berkaitan aktiviti haram.

KidsClick menyenaraikan lebih kurang 5,000 laman sesawang yang disimpan dalam pelbagai kategori. Sebagai tambahan Laman Common Sense Media (commonsensemedia.org) yang membuat penilaian terhadap laman ini menyatakan bahawa ia sesuai untuk kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke atas.


3. Ask Kids
www.askkids.com

















Ask Kids adalah laman carian ekslusif untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Ia memberikan peluang kepada para ibu bapa membantu mencari bahan pembelajaran yang sesuai dengan peringkat umur anak mereka berbanding penggunaan enjin carian untuk orang dewasa yang lain.

Berdasarkan kajian, strategi pembelajaran dengan kaedah visual terbukti meningkatkan pemahaman dan pengekalan maklumat dalam kalangan kanak-kanak. Maka hasil carian di sini dipaparkan dalam bentuk panel grafik yang menarik bagi meransang daya berfikir secara visual kanak-kanak.

4. Fact Monster
www.factmonster.com

















Laman yang dipunyai oleh Pearson Education ini mempunyai maklumat yang sangat banyak. Ia bukan sekadar enjin carian untuk kanak-kanak tetapi juga bertindak seolah-olah sebuah ensiklopedia di alam maya. Kategori utama maklumatnya termasuk berkaitan dunia, sukan, sains, matematik dan wang serta banyak lagi.

Turut disediakan di laman ini ialah meja rujukan (reference desk). Ia membantu anak anda menyiapkan kerja rumah dengan pantas dan berkesan melalui Homework Center.


5.Kidsites.org
www.kidsites.org



















Sebagai satu direktori bagi carian maklumat kanak-kanak, pautan-pautan ke laman lain dipilih dengan teliti. Ini bagi memastikan bahan yang disediakan pada laman sesawang yang dipautkan sesuai untuk kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Menu utama untuk kanak-kanak dikategorikan untuk kanak-kanak kecil, prasekolah dan sekolah rendah. Juga disediakan direktori khas untuk guru dan ibu bapa.

Laman ini dikelolakan oleh syarikat UptoTen dari negara Mauritius. Editor kandungannya telah melayari dan menguji lebih 5,000 laman kanak-kanak. Hanya 1,000 sahaja yang paling menarik disenaraikan di sini.




Sumber rujukan:

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Enjin_carian (diakses pada 21 July 2010)
2. http://www.azumass.com/blog/internet/enjin-carian-search-engine.html (diakses pada 23 July 2010)
3. http://www.kelantan.edu.my/enjinCarian.htm (diakses pada 23 July 2010)
4. http://komputer-utusansarawak.blogspot.com/ (diakses pada 23 July 2010)
5. http://ictpama.blogspot.com/2009/09/enjin-carian-untuk-kanak-kanak.html (diakses pada 23 July 2010)

Tuesday, July 20, 2010

Laman IT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat melawat ke blog Laman IT kami
Blog ini dibentuk pada 21 Julai 2010 iaitu pada hari rabu.
Blog ini telah dikendalikan oleh 3 orang pelajar
program Komunikasi dari Universiti Malaysia Sabah(UMS)
iaitu :

1. Nor Afiza binti Abdul Wahid @ Fiza
2. Siti Norizan binti Rashid @ Izan
3. Mazrinah binti Badar @ Ina

Dalam blog ini kami akan membincangkan pelbagai perkara mengenai ilmu Teknologi Maklumat(IT) selaras dengan subjek pendidikan kami di bidang komunikasi. Diharap blog ini dapat memberi input yang berguna untuk kita semua fahami dan aplikasikan dalam kehidupan moden pada masa kini. Sekian dan terima kasih.

Search This Blog