Mengenai Laman IT

My photo
Merupakan gabungan nama daripada tenaga yg menjayakan blog ini. Fiza + Izan + Ina = FIZANINA

Monday, November 8, 2010

Perbezaan Blog dan Website

BLOG
  • Blog adalah singkatan kepada Web-log. Log pada kata dasarnya adalah catatan samada dalam frekuensi sekali sesaat, sekali seminit, sekali sejam, sekali sehari, sekali seminggu dan sebagainya. Ia merupakan satu catatan diary didalam media elektronik berasaskan Internet.
  • Blog sesuai digunakan oleh mereka yang bukannya terdiri daripada golongan berlatarbelakangkan IT.
  • Blog mempunyai rekabentuk yang ringkas dengan pemilihan tema yang sesuai. Kebiasaannya lebih ringkas sesebuah tema Blog itu, akan mempercepatkan proses muat-turun imej dan sebagainya.
  • Aktiviti mengemaskini blog dipanggil “blogging” manakala orang yang mengemaskini blog dipanggil “blogger”.

WEBSITE
  • Satu atau lebih fail atau lebih dikenali sebagai mukasurat (page) yang disimpan dalam server komputer.
  • Capaian adalah menerusi Internet.
  • Setiap Web site mempunyai muka surat pertama yang disebut “Home Page” yang memaparkan maksud laman Web tersebut. Mukasurat-mukasurat ini kemudian disambung antara satu sama lain membentuk satu rangkaian yang berakhir dengan persembahan maklumat kepada pelayar Web.
  • Laman Web lebih sukar untuk dikemaskini dan kebiasaannya ia memaparkan maklumat-maklumat berbentuk statik.



Kaedah Yang Bijak Untuk Membuat Carian

1. Menggunakan enjin gelintaran (http://www.google.com)
  • Gunakan kata kunci
  • Tapak direktori (http://www.dmoz.org)
2. Cuba memperolehi FAQ (soalan atau jawapan, maklumat tambahan)
  • http://www.faqs.com (arkib FAQ)
  • http://rtfm.mit.edu
3. Menyertai medan diskusi USENET
  • http://www.deja.net/=nc/usenet
4. Fahami format maklumat yang diperolehi. Dapatkan perisian sampingan seperti ghostview, pkunzip, gcc, xv, winzip, photoshop, dan Tex untuk mengolah maklumat.
  • Kunjungi hos arkib untuk bidang tertentu seperti http://www.cs.cmu.edu > bidang kecergasan buatan.
  • Kunjungi World Lecture Hall di http://www..utexas.edu > kuliah
  • Kunjungi WWW Virtual Library di http://src.doc.ic.ac.uk > bahan-bahan rujukan dalam perpustakaan maya.

Isu-isu dan Konsep dengan Keselamatan/Sekuriti

  • Merujuk kepada penjagaan sistem komputer dan maklumat terhadap capaian tanpa kebenaran, kerosakan dan ubahsuai.
1. Kawalan Capaian
2. Enkripsi
3. Perisian Antivirus
4. Salinan Data
5. Disaster Recovery Plan (pelan bertulis).
  • Isu-isu semasa
1. Y2K
2. Cetak Rompak (piracy)
3. Penggodam (hackers)
4. Perlanggaran Hak Cipta (mp3)

Etika IT

Etika yang perlu diamalkan ketika menggunakan perkhidmatan/peralatan IT.
(Computer Ethics Institute) > 10 perkara yang dicadangkan untuk pengguna dan profesional komputer.

1. Tidak menggunakan komputer untuk membinasakan manusia.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak membelek fail komputer orang lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi palsu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
7. Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa kebenaran atau sebarang bayaran.
8. Tidak menggunakan tanpa kebenaran output intelektual orang lain.
9. Memikirkan akan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Menggunakan komputer dengan memberi pertimbangan dan hormat kepada manusia lain.

* Etika ialah tingkahlaku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia.

Fungsi Teknologi Maklumat


Senn menyatakan yang teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi pengendalian maklumat iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan, dapatan semula dan penghantaran. Dalam kebanyakan hal, dua atau lebih fungsi dijalankan serentak.


Fungsi

Takrifan

Contoh

Pengumpulan

Dengan mengumpul rekod aktiviti yang boleh digunakan kemudiaan.

Menjumlah undi, baca meter elektrik.

Pemprosesan

Proses menukar, menganalisis, pengiraan dan pengsintesisan semua bentuk data atau maklumat.

Pemprosesan bil elektrik, pemprosesan perkataan, pemprosesan cukai.

Penjanaan

Menyusun maklumat kepada bentuk berguna sama ada sebagai teks, suara atau imej

Bil elektrik, jadual, graf dan carta

Penyimpanan

Proses komputer menyimpan data dan maklumat untuk digunakan kemudian.

Cakera, pita, CD-ROM, fail

Dapatan semula

Proses komputer mengelilitar dan menyalin data yang tersimpan untuk pemprosesan selanjutnya.

Rekod cukai pendapatan, rekod ahli persatuan, rekod kesalahan lalulintas.

Penghantaran

Penghanataran data dan maklumat daripada satu lokasi ke lokasi lain

Faks, e-mel, mel suara

Jadual 1 : Fungsi Teknologi Maklumat




Search This Blog