1. Perkakasan dan perisian
Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).
Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).
Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).
Komputer peribadi mengandungi komponen perkakasan seperti berikut:
Papan induk (motherboard)
Unit pemprosesan pusat (CPU)
Ingatan capaian rawak (RAM)
Basic Input/Output System atau BIOS
Slot bas komputer:
PCI
PCI-E
USB
HyperTransport
CSI (dijangka mulai 2008)
AGP (makin kurang)
ISA, EISA, VLB (tidak digunakan lagi).
Papan induk (motherboard)
Unit pemprosesan pusat (CPU)
Ingatan capaian rawak (RAM)
Basic Input/Output System atau BIOS
Slot bas komputer:
PCI
PCI-E
USB
HyperTransport
CSI (dijangka mulai 2008)
AGP (makin kurang)
ISA, EISA, VLB (tidak digunakan lagi).
Bekalan kuasa komputer - peti yang mengandungi transformer, pengawal voltan dan kipas.
Pengawal storan bagi IDE, SATA, SCSI dan storan lain, yang mengawal cakera keras, cakera liut, CD-ROM dan pemacu lain. Boleh terletak pada papan induk atau kad tambahan.
Pengawal video yang mengeluarkan output untuk monitor komputer. Boleh disekalikan dengan papan induk atau dipasang pada slot sendiri (PCI, PCI-E atau AGP), memerlukan kad grafik.
Pengawal bas komputer (port selari, bersiri, USB, FireWire) bagi menyambung komputer dengan perkakasan luaran seperti pencetak atau pengimbas.
Satu atau lebih media boleh ditanggalkan:
CD - paling umum
Pemacu CD-ROM
Penulis CD
DVD
Pemacu DVD-ROM
Pemacu DVD-RAM
Penulis DVD
BD
Pemacu BD-ROM
Perakam BD
Cakera liut (disket)
Pemacu Zip
Pemacu kilat USB (thumb drive)
Kad ingatan - kecil
Pemacu pita - biasanya untuk sandar/jangka panjang.
Storan dalaman
Cakera keras - storan jangka sederhana
Pengawal cakera, contohnya RAID.
Kad bunyi.
Perangkaian - untuk menyambung komputer ke Internet/komputer lain
Modem - sambungan dail
Kad rangkaian - sambungan DSL atau ke komputer lain.
Persisian lain seperti kad penala TV.
Selain itu, perkakasan juga boleh termasuk komponen luaran PC seperti:
Peranti input
Papan kekunci (teks)
Peranti penuding
Tetikus
Bebola jejak (trackball)
Peranti permainan
Kayu ria
Pad ria (joypad)
Pengawal permainan lain
Peranti input imej, video
Pengimbas
Webcam
Peranti input audio
Mikrofon
Skrin sentuh.
Peranti output
Peranti output imej, video
Monitor komputer
Terminal komputer
Pencetak - salinan keras
Pelakar (plotter) - salinan keras
Refreshable Braille display
Braille Embosser - salinan keras.
Peranti output audio
Pembesar suara
Fon kepala.
Perisian komputer terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu.
Perisian boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisian penggunaan.
Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.
Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.
2. Fungsi dan peranan
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Rujukan :
No comments:
Post a Comment