Mengenai Laman IT

My photo
Merupakan gabungan nama daripada tenaga yg menjayakan blog ini. Fiza + Izan + Ina = FIZANINA

Monday, October 25, 2010

Terdapat beberapa isu yang melibatkan etika komputer iaitu:-
a. Kebersendirian(privacy)
  • Terdapat pelbagai sistem yang menggunakan komputer utk menyimpan segala maklumat yang penting dan rahsia.Maklumat yang terdapat pada satu sistem mungkin akan digunakan pada sistem yang lain.
  • sistem komputer yang mengandungi maklumat penting dan rahsia haruslah dilindungi dari segi kebersendirian. kita harus mengambil berat keselamatan sistem tersebut daripada dicapai oleh pengguna yang tidak berhak. Perkara yang penting dalam kebersendirian maklumat adalah kesetaraan rekod antara satu sistem dengan sistem yang lain pada organisasi yang sama.

b. Jenayah komputer
  • Jenayah komputer melibatkan mereka mencapai rekod tanpa mempunyai kuasa atau hak yang sah termasuk mencetak rompak perisian. Pada hari ini terdapat banyak komputer dan penyalahgunaan komputer berlaku di seluruh dunia.

c. Virus
  • virus adalah set arahan yg menjangkiti fail komputer dgn menyalin diri sendiri. Terdapat individu y menulis kod dan menempelkan kod tersebut pd program yang sedia ada. Apabila program itu digunakan pada komputer, virus akan meletakkan dirinya pd program yang lain berada di dalam sistem. Jika seseorang memasukkan cakera yang dijangkiti virus ke dalam ingatan komputer, maka fail komputer juga akan dijangkiti virus. Komputer juga boleh dijangkiti virus apabila penggodam mencipta virus dan menghantarnya melalui rangkaian internet,telefon dan sebagainya. Ini boleh menyebabkan keseluruhan komputer yang berada di dalam rangkaian tersebut akan dijangkiti virus.
  • Perlindungan yang terbaik daripada virus ialah membuat back up terutamanya untuk maklumat penting, memuat turun maklumat dari komputer yang tidak dihubungkan melalui sistem rangkaian. Gunakan program anti virus yang berkesan dan terkini, jangan simpan data di dalam cakera program dan sentiasa melindungi fail dalam cakera daripada ditulis untuk mengelakkan ia dimusnahkan.
TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (TKM)

1.Pencerobohan dan tidak selamat teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) seperti sistem Internet, sistem rangkaian komputer, sistem rangkaian perbankan elektronik, sistem kad kredit dan sistem bankcard di negara ini sering menjadi perhatian dan agenda pihak pengguna dan media. Walaupun pada masa ini sistem-sistem hanya dicerobohi setakat menukar muka utama laman web, pengklonan kad, pengklonan IP (Internet Protocol) sahaja tetapi tidak mustahil mereka yang tidak bertanggungjawab ini berusaha untuk menceroboh mendapatkan maklumat rasmi, data-data sulit, dan data rasmi perniagaan di masa depan.

2. Isu tahap keselamatan TKM ini menjadi agenda yang penting pihak tertentu seperti Pusat Respons Kecemasan Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan (NISER), MDC, MIMOS dan lain-lain badan. Isu ini juga mendapat liputan meluas di media massa disebabkan ada beberapa laman web syarikat swasta dan agensi kerajaan telah dicerobohi dengan mengubah muka depan laman web sahaja. Di Malaysia, pasukan yang bertanggungjawab dalam memantau perkara ini adalah Pasukan Bertindak Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) yang ditubuhkan pada 1997. Sebagai contoh, seorang penceroboh atau hacker yang yang dikenali sebagai ‘topeira’ telah mengejutkan negara apabila berjaya menceroboh laman web Parlimen dan Universiti Teknologi Malaysia. Kejadian seperti ini telah menunjukkan tahap keselamatan sistem rangkaian komputer atau Internet kita adalah lemah dan sedikit sebanyak telah mengubah imej Malaysia yang sedang giat mempromosi Koridor Raya Multimedia (MSC) dan TKM.

3. Mungkin kita mengatakan, pencerobohan seperti ini adalah perkara yang biasa dan berlaku di seluruh dunia. Cuba kita bayangkan dalam ruang lingkup yang lebih besar, sekiranya penceroboh itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawap dan berjaya menembusi sistem maklumat kerajaan, sistem perbankan dan sistem perdagangan elektronik. Mungkin perkara yang lebih besar akan berlaku, bukan sekadar menukar laman utama laman web. Ada juga yang mengatakan, tidak semua hacker adalah jahat, mereka hanya sekadar menggunakan sistem tersebut sebagai satu medan untuk menguji kehebatan dan kepintaran sahaja. Tetapi semua pihak yang terlibat sebenarnya risau dan bimbang, terutamanya pengguna iaitu rakyat Malaysia.
4. Kita tidak patut biarkan perbuatan seperti ini berterusan kerana ia boleh menjejaskan imej negara, kepentingan umum, keyakinan pengguna terhadap sistem yang disediakan dan juga pemalsuan pelbagai teknologi sehinggalah kepada pemalsuan identiti penceroboh. Sebenarnya dunia tanpa sempadan yang beralih kepada era dunia maya ini memberi kepentingan kepada semua pihak, semua agensi, semua firma dan organisasi, tetapi tanpa disedari ada mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mendapat sesuatu yang mereka inginkan. Sesiapa sahaja tahu bahawa TKM memberi peluang untuk membentuk mencetus pelbagai konsep baru dalam masyarakat, salah satunya adalah masyarakat jaringan (network society) yang bertujuan untuk menyatu, memproses, mendapat, mempromosi, memperolehi dan berkongsi maklumat dalam sistem rangkaian elektronik yang bersifat global yang tidak dibatasi oleh ruang dan masa.
RUJUKAN
http://pendidikan-ict.blogspot.com/2010/06/etika-komputer.html

Definisi Teknologi, Maklumat dan Teknologi Maklumat

Teknologi membawa maksud 1. ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia, 2. tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Maklumat membawa maksud informasi iaitu hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapt menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.
Teknologi Maklumat merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Rujukan :
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Ensiklopedia (Melayu)

Saturday, August 28, 2010

Perbezaan Google dan Yahoo !.




Terdapat beberapa kelebihan di antara Google dan Yahoo. Kedua-duanya menawarkan produk yang menarik kepada semua pelangan mereka. Dengan kata lain kedua-duanya menawarkan versi untuk kegunaan pelangan yang sama seperti (Maps, Local Search, Image Search) tetapi dapatkah kedua-dua versi ini dibezakan. Rajah di bawah akan menerangkan kebaikan dan kelemahan di antara perkhidmatan yang diberikan kepada pelangan.

Produk

Google's Design

Yahoo's Design

Alerts



Google Alerts (beta)


Google Alerts adalah pilihan email baru kepada penggunan yang menawarkan web, berita, dan lain-lain berdasarkan citarasa pengguna.

Yahoo! Alerts


Get real-time akan dikemaskini dan terus dikirimkan melalui email, telifon bimbit, atau Yahoo Messenger.

Answers


Google Answers


Google Answers adalah kemudahan kepada pegangan dengan mudah untuk mencari jawapan kepada persoalan yang diberikan.

Ask Yahoo!


Yahoo akan mencari maklumat yang dicari dengan teliti sepertimana yang diinginkan oleh pelangan.

Desktop Search

Google Desktop

Akan menentukan email, file, media, riwayat web dan berchatting secara langsung.



Yahoo! Desktop Search (beta)

Disediakan secara percuma dengan menawarkan downloadable search application dan memastikan setiap fail itu dapat disimpan mengikut citarasa yang diingini.



Directory


Google Directory


Google Web Directory yang telah direka dengan teknologi pencarian canggih iaitu Open Directory dimana memudahkan pencarian di web.

Yahoo! Directory


Yahoo! Directory akan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari apa yang dikehendaki di web side.

Finance

Google Search Feature: Stocks

Untuk mengunakan google bagi mendapatkan maklumat megenai saham dengan hanya memasuki salah satu simbul ticker.

Yahoo! Finance

Pengguna memiliki akses pelbagai di yahoo bagi kemudahan ini.



Groups


Google Groups (beta)


Google Group adalah perbincangan melalui talian atau mailing list bagi membantu sekumpulan pengguna berkomunikasi dalam satu masa yang sama.

Yahoo! Groups


Bagi Yahoo pula ianya direka bagi memudahkan pelanggan mengunakannya bersama keluarga, teman dan telah direka melalui web dan email berkumpulan.

Image Search

Google Image Search

Pencarian gambar Google adalah yang paling komprehensif di web dengan menawarkan lebih dari satu mailing gambar yang tersedia untuk dilihat.

Yahoo! Image Search

Image Search yahoo juga menawarkan berjuta-juta gambar kepada pelanggan.



Local Search


Google Local (beta)

Pencarian dilakukan di semua halaman web dan juga di dalam yellow pages untuk menentukan sumber data local yang dicari.



Yahoo! Local

Yahoo ada menyediakan yellow pagesnya tersendiri bagi memudahkan pelangan terus mencari nombor telefon, alamat dan sebagainya.



Mail

Gmail


Gmail adalah satu lagi medium baru bagi menghantar web email, dengan adanya email ini ianya akan menjadi mudah berbanding menghantar surat.

Yahoo! Mail


Mail yang dihantar meliputi seluruh dunia dengan mengunakan cross-platform email solution, dan ianya adalah lebih murah dan mudah berbanding pesaing.

Maps


Google Maps (beta)

Google Maps adalah layaran Google yang menawarkan perhidmatan yang canggih dengan teknologi pemetaan termasuk lokasi perniagaan, informasi sewa beli serta arah perjalanan.


Yahoo! Maps

Peta perjalanan dan arah perjalanan untuk Bandar yang terdapat di USA sahaja.



Mobile

Google Mobile

Pencarian google terletak ditangan penguna.

Yahoo! Mobile

Penggunan juga dapat membaca berita, maklumat yang diperlukan, serta memuat turun maklumat yang diperlukan.

Movies


Google Search Feature: Movies

Google menawarkan pencarian mudah dengan hanya klik di ruang pencarian google sahaja untuk mencari tajuk serta tarikh ditayangkan .

Yahoo! Movies

Yahoo pula menawarkan Trailers, DVD, showtimes, reviews, dan banyak lagi.

News


Google News (beta)


Google News menawarkan lebih dari 4,500 berita terbaharu seluruh dunia dalam bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa.

Yahoo! News


Yahoo News pula menawarkan di halaman utama yahoo dan hanya ke ruangan berita pelangan akan memperolehi pelbagai berita di seluruh dunia.

Personal Page


Personalized Google Homepage

Personalized homepage akan memberikan pelanggan melayari web diseluruh dunia.



My Yahoo

Pelanggan akan dapat melayari dimana sahaja web yang diingini oleh pelangan dan juga menawarkan perkhidmatan email, berita, tv dan filem berdaftar serta banyak lagi.

Photos

Picasa


Picasa perisian yang membantu pelanggan mencari maklumat, mengedit dan pelbagai gambar yang terdapat di dalam komputer pelangan.


Yahoo! Photos
Dapat meyimpan setiap gambar ke dalam album dan juga dapat menghantar kepada semua kawan melalui email.

Flickr

Dapat mempamerkan gambar kegemaran pelangan ke seluruh dunia.

Product Search



Froogle (beta)

Froogle adalah kemudahan yang ditawarkan pencarian secara sepesifik tentang kedai yang menjual barangan yang dicari serta menunjukkan lokasi tersebut.


Yahoo Shopping


Dalam Yahoo Shopping, pelangan dapat mencari barangan yang diingini dan membuat pembandingan harga dengan mengunakan Yahoo Store dalam mencari harga yang terbaik.

Product Testing

Google Labs


Google labs yang menyediakan idea yang menarik bagi mereka yang mencari maklumat.

Yahoo Next


Ianya menyediakan perhidmatan yang terbaharu yang dilakukan seumpama lakukan hari ini untuk berkerja untuk hari esok.

Social Networking

Orkut


Ianya memberi pelangan berhubung dengan kawan-kawan lain melalui jaringan yang selamat.

Yahoo 360°


Dengan Yahoo 360°, pelangan akan disediakan suatu tempat yang khas untuk memudahkan perhubungan dengan kawan-kawan.

Toolbar

Google Toolbar

Yahoo! Toolbar

Travel

Google Search Feature: Travel Times

Menyediakan kemudahan pencarian seperti hotel, airport serta tempat yang menarik untuk dilawati.

Yahoo Travel

Memudahkan pelangan mencari dimana tempat yang ingin dilawati.

Video Search


Google Video Search (beta)

Mencari rancangan TV didalam talian.

Yahoo Video Search

Weather

Google Search Feature: Weather


Memudahkan pelangan mengetahui keadaan cuaca di tempat sendiri mahupun dikawasan lain.

Yahoo News Weather


Keadaan grafik disediakan, keadaan semasa, catatan seluruh dunia yang telah disediakan oleh weather.com.

Web Search


Google

Selain kemudahan yang ditawarkan kepada lebih 8 billion halaman web, Google juga memiliki banyak lagi kemudahan bagi kemudahan pelanggan.


Yahoo Search

Yahoo juga menawarkan maklumat pencarian kepada pelangan, pelangan akan mendapat apa yang diingini dengan pencarian yang mudah dan senang.

Kumpulan kami berpendapat enjin pencarian yang baik adalah Google, ianya disebabkan terdapat pelbagai kemudahan lain selain untuk mencari laman web yang dikehendaki . google ada meyediakan kemudahan email, terjemahan, pencarian laman khas untuk maklumat pembelajaran (google scholar), google map dan sebagainya berbanding dengan pesaingnya.

JENIS-JENIS ENJIN CARIAN

Berikut ialah senarai 24 enjin carian rapidshare yang anda boleh gunakan untuk mencari item anda:

1. rapidshare-search-engine

2. rapidlibrary

3. filez

4. filecrop

5. rapid.tvphp

6. 4megaupload

7. filescoop

8. rapidshare1

9. rapidshare-searcher

10. searchrapidshare.info

11. rapidfox

12. hellafiles

13. filesearch.gr/

14. oplahol.

15. rsfind

16. rapidrat

17. searchshared

18. shareminer

19. filesbot

20. rapidosearch

21. oneclickfiles

22. rapidsharelink

23. megadownload

24. avun


RUJUKAN :

http://www.lukew.com/ff/entry.asp?189


Search This Blog