Mengenai Laman IT

My photo
Merupakan gabungan nama daripada tenaga yg menjayakan blog ini. Fiza + Izan + Ina = FIZANINA

Monday, October 25, 2010

Terdapat beberapa isu yang melibatkan etika komputer iaitu:-
a. Kebersendirian(privacy)
  • Terdapat pelbagai sistem yang menggunakan komputer utk menyimpan segala maklumat yang penting dan rahsia.Maklumat yang terdapat pada satu sistem mungkin akan digunakan pada sistem yang lain.
  • sistem komputer yang mengandungi maklumat penting dan rahsia haruslah dilindungi dari segi kebersendirian. kita harus mengambil berat keselamatan sistem tersebut daripada dicapai oleh pengguna yang tidak berhak. Perkara yang penting dalam kebersendirian maklumat adalah kesetaraan rekod antara satu sistem dengan sistem yang lain pada organisasi yang sama.

b. Jenayah komputer
  • Jenayah komputer melibatkan mereka mencapai rekod tanpa mempunyai kuasa atau hak yang sah termasuk mencetak rompak perisian. Pada hari ini terdapat banyak komputer dan penyalahgunaan komputer berlaku di seluruh dunia.

c. Virus
  • virus adalah set arahan yg menjangkiti fail komputer dgn menyalin diri sendiri. Terdapat individu y menulis kod dan menempelkan kod tersebut pd program yang sedia ada. Apabila program itu digunakan pada komputer, virus akan meletakkan dirinya pd program yang lain berada di dalam sistem. Jika seseorang memasukkan cakera yang dijangkiti virus ke dalam ingatan komputer, maka fail komputer juga akan dijangkiti virus. Komputer juga boleh dijangkiti virus apabila penggodam mencipta virus dan menghantarnya melalui rangkaian internet,telefon dan sebagainya. Ini boleh menyebabkan keseluruhan komputer yang berada di dalam rangkaian tersebut akan dijangkiti virus.
  • Perlindungan yang terbaik daripada virus ialah membuat back up terutamanya untuk maklumat penting, memuat turun maklumat dari komputer yang tidak dihubungkan melalui sistem rangkaian. Gunakan program anti virus yang berkesan dan terkini, jangan simpan data di dalam cakera program dan sentiasa melindungi fail dalam cakera daripada ditulis untuk mengelakkan ia dimusnahkan.
TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (TKM)

1.Pencerobohan dan tidak selamat teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) seperti sistem Internet, sistem rangkaian komputer, sistem rangkaian perbankan elektronik, sistem kad kredit dan sistem bankcard di negara ini sering menjadi perhatian dan agenda pihak pengguna dan media. Walaupun pada masa ini sistem-sistem hanya dicerobohi setakat menukar muka utama laman web, pengklonan kad, pengklonan IP (Internet Protocol) sahaja tetapi tidak mustahil mereka yang tidak bertanggungjawab ini berusaha untuk menceroboh mendapatkan maklumat rasmi, data-data sulit, dan data rasmi perniagaan di masa depan.

2. Isu tahap keselamatan TKM ini menjadi agenda yang penting pihak tertentu seperti Pusat Respons Kecemasan Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan (NISER), MDC, MIMOS dan lain-lain badan. Isu ini juga mendapat liputan meluas di media massa disebabkan ada beberapa laman web syarikat swasta dan agensi kerajaan telah dicerobohi dengan mengubah muka depan laman web sahaja. Di Malaysia, pasukan yang bertanggungjawab dalam memantau perkara ini adalah Pasukan Bertindak Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) yang ditubuhkan pada 1997. Sebagai contoh, seorang penceroboh atau hacker yang yang dikenali sebagai ‘topeira’ telah mengejutkan negara apabila berjaya menceroboh laman web Parlimen dan Universiti Teknologi Malaysia. Kejadian seperti ini telah menunjukkan tahap keselamatan sistem rangkaian komputer atau Internet kita adalah lemah dan sedikit sebanyak telah mengubah imej Malaysia yang sedang giat mempromosi Koridor Raya Multimedia (MSC) dan TKM.

3. Mungkin kita mengatakan, pencerobohan seperti ini adalah perkara yang biasa dan berlaku di seluruh dunia. Cuba kita bayangkan dalam ruang lingkup yang lebih besar, sekiranya penceroboh itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawap dan berjaya menembusi sistem maklumat kerajaan, sistem perbankan dan sistem perdagangan elektronik. Mungkin perkara yang lebih besar akan berlaku, bukan sekadar menukar laman utama laman web. Ada juga yang mengatakan, tidak semua hacker adalah jahat, mereka hanya sekadar menggunakan sistem tersebut sebagai satu medan untuk menguji kehebatan dan kepintaran sahaja. Tetapi semua pihak yang terlibat sebenarnya risau dan bimbang, terutamanya pengguna iaitu rakyat Malaysia.
4. Kita tidak patut biarkan perbuatan seperti ini berterusan kerana ia boleh menjejaskan imej negara, kepentingan umum, keyakinan pengguna terhadap sistem yang disediakan dan juga pemalsuan pelbagai teknologi sehinggalah kepada pemalsuan identiti penceroboh. Sebenarnya dunia tanpa sempadan yang beralih kepada era dunia maya ini memberi kepentingan kepada semua pihak, semua agensi, semua firma dan organisasi, tetapi tanpa disedari ada mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mendapat sesuatu yang mereka inginkan. Sesiapa sahaja tahu bahawa TKM memberi peluang untuk membentuk mencetus pelbagai konsep baru dalam masyarakat, salah satunya adalah masyarakat jaringan (network society) yang bertujuan untuk menyatu, memproses, mendapat, mempromosi, memperolehi dan berkongsi maklumat dalam sistem rangkaian elektronik yang bersifat global yang tidak dibatasi oleh ruang dan masa.
RUJUKAN
http://pendidikan-ict.blogspot.com/2010/06/etika-komputer.html

No comments:

Post a Comment

Search This Blog