Mengenai Laman IT

My photo
Merupakan gabungan nama daripada tenaga yg menjayakan blog ini. Fiza + Izan + Ina = FIZANINA

Monday, November 8, 2010

Fungsi Teknologi Maklumat


Senn menyatakan yang teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi pengendalian maklumat iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan, dapatan semula dan penghantaran. Dalam kebanyakan hal, dua atau lebih fungsi dijalankan serentak.


Fungsi

Takrifan

Contoh

Pengumpulan

Dengan mengumpul rekod aktiviti yang boleh digunakan kemudiaan.

Menjumlah undi, baca meter elektrik.

Pemprosesan

Proses menukar, menganalisis, pengiraan dan pengsintesisan semua bentuk data atau maklumat.

Pemprosesan bil elektrik, pemprosesan perkataan, pemprosesan cukai.

Penjanaan

Menyusun maklumat kepada bentuk berguna sama ada sebagai teks, suara atau imej

Bil elektrik, jadual, graf dan carta

Penyimpanan

Proses komputer menyimpan data dan maklumat untuk digunakan kemudian.

Cakera, pita, CD-ROM, fail

Dapatan semula

Proses komputer mengelilitar dan menyalin data yang tersimpan untuk pemprosesan selanjutnya.

Rekod cukai pendapatan, rekod ahli persatuan, rekod kesalahan lalulintas.

Penghantaran

Penghanataran data dan maklumat daripada satu lokasi ke lokasi lain

Faks, e-mel, mel suara

Jadual 1 : Fungsi Teknologi Maklumat




No comments:

Post a Comment

Search This Blog